Friday, February 1, 2008

PONDOKDUSUN / PONDOK DUSUN TEMPAT KU LEPAK DIKAKI BUKIT TABOH


Rumah kebun ni dah siap 88 peratus, aku baru pindah sini pada 25 jan 09. Nyaman dan sejuk. suasana pun sangat mendamaikan, terasa hilang tekanan macam pergi bercuti tiap-tiap hari dalam hutan huhuhu...

Buah mangis dah besar

Rambai lebat
Cempedak, tinggal sebijik, kena makan monyet




Hasil untuk hari ini 27 feb 08 selepas diubahsuai tingkap yang senget2 semalam.


Hari ni 26 feb, Nasib baik ada Am dan Aj, kalau tak masak kena angkat batu blok, pasir, bancuh simen dan ikat batu.

Aj SIAPKAN dinding


Makcik Leha jiran bawah datang melawat, macam mandor lah, Am nampak penat, kesian, terima kasih banyak2 sebab tolong.

LAPAR...


Ni lah , ikat batu tak pandai, bengkang bengkok, kurang sabar, kalau boleh nak siap dalam masa satu hari.

Ini lah hasilnya untuk hari ini 26 feb 08

Ahad 24 feb 08, pagi jam 8. Sepanjang jalan depan kebun penuh kereta. Kebanyakannya orang luar dari Taman Melawati. Tujuan utama, panjat bukit taboh. Nasib pintu pagar SAYA tak kena blok.

Pintu masuk



Ini Speky, saja panggil speky sebab dikedua2 mata dia ada tanda bulat warna oren macam pakai spek, anjing orang, selalunya bila datang sini pagi2 dia mesti ada, masa ni tengah sarapan nasi lemak bungkus, kiranya speky ni temankan saya makanlah. Kami berkongsi nasi lemak separuh2. Kadang2 bila belikan makanan untuk dia, tak muncul2 pulak, bila tak beli dia ada. Sebab tu selalu berkongsi je. Dia tak suka benda manis2, tapi suka yang pedas sikit.



makan ayam rendang

...........................................................................................................................................................................

Hari ni 20hb feb 08, kali ni ada dua orang pembantu, dari perak. Dua orang anak buah yang kebetulan datang dari kampung. Ada pengalaman tentang kerja2 pembinaan, jadi dapat lah sikit petua.


AJ tengah angkat batu blok


PAT bancuh simen


Ni le rupa kolam mandi yang baru aku buat, senget2. Nak repair balik nanti.Tarikh 18 feb 08



Pandangan dari depan, baru naik dinding batu bata sikit, tak sabar nak siap kan cepat2. Apalah rupanya nanti .


Air terjun kecil.

Pemandangan dari dalam kebun.




Pandangan dari tepi pondok. Tengah ubahsuai sikit, belum siap lagi.

No comments: