Saturday, March 1, 2008

Naris terpijak lipan bara




Sebut2 pasal lipan dua hari ni 10/11 mac 08, muncul pulak lipan bara depan pondok. Nasib baik pakai kasut boot getah. Kalau tak dah melompat sebab terkejut. Ini lipan dewasa, merah menyala. Kalau kena sengat nangis ooo...






Esoknya, lipan ni aku terpijak dalam pondok. Pun nasib baik sebab pakai boot getah. Yang ini saya rasa anak dia. Tapi cukup besar, lebih kurang yang diatas. Cuma warna dia belum cukup merah. Teringat pesan anak buah, kalau jumpa lipan, tangkap lah, dia nak bela katanye. Aku tangkaplah dan masukkan dalam akuarium kecik yang memang dah standby awal2, bekas isi ular sebelum ni. Tapi lepas sejam kurung rasa kesian lak. Akhirnya lepaskan balik.







Ni pulak melekat kat dinding pondok, ulat apa tah, besar dan pelik, sebab tak pernah jumpa sebelum ni, warna dia macam lipan bara, sebesar ibu jari, panjang 5 inci. Ulat ni tak ada bisa saya rasa. Tapi takut jugak nak pegang.

..........................................................................................................................................................



KOMEN TEKAN SINI



Blogger an-nidxam said...

geli geleman.. geli giler..

March 3, 2008 4:15 PM


Blogger emasjarie said...

Alah apa nak geli... cuba bela dalam bilik tidur, lagi baik kalau bawa masuk dalam selimut... lama2 x geli punyer.... ehek...ehek

June 8, 2008 10:11 AM

Saturday, February 23, 2008

MONYET...OOO... MONYET



MyCartopia.com Click here to get one




25 feb 08, masa nak saya balik dari kebun nampak monyet2 ni, ada karipap dalam beg, apa lagi umpan karipap nak ambil gambar , sekali datang berpuluh2 ekor dari anak2 sampai ke bapak, karipap nya ada dua biji je pulak.

POSING...

MONYET KURUS

HABIS PAGAR BENGKOK2

HEHEH...

MONYET NI LAPAR


........................................................................................................................................................................


22hb feb, tengah repair2 pondok, dengar bunyi riuh dalam kolam, rupanya monyet2 tengah mandi, ada yang berenang dan ada yang kepoh tepi kolam, kelakar pulak tengok. Teringat nak ambil gambar, bateri pulak habis. Ini lah kali pertama saya tengok monyet2 berenang.

Hari ni 23 feb 08, tengah bancuh simen nak buat tangga , tiba-tiba dengar bunyi bising, nampak monyet-monyet tengah bergaduh. Saya buat tak kesah, tapi bunyi makin riuh, saya capai parang panjang dan berjalan kearah monyet2 tu. Banyak nya. Bila nampak saya datang semua lari lintang pukang. Nampak seekor monyet besar, ada tetek panjang, tapi nampak macam jantan , bapak monyet kot, luka, tangkap dan bawa balik kepondok, banyak gambar dia saya ambil, tapi bila nak masukkan dalam PC secara tak sengaja semua gambar2 tu terpadam ( terdelete ) agaknya tak diizinkan ambil foto dia dalam keadaan macamtu, jadi tak ada lah gambar dia. Keadaannya memang teruk. Kesian tengok, sementara tu cepat2 buat kan reban untuk dia, memang sebelum nya ada niat nak bela anak monyet, tapi yang ini bapak monyet. Tak kisah lah, asalkan monyet, malangnya belum sempat reban tu siap, monyet tu pun MATI.

..................................................................................................................................................................

KOMEN

KOMEN TEKAN SINI
Anonymous Anonymous said...

Kesian, mati lak monyet tu ek huhu

June 8, 2008 9:47 AM


Anonymous Anonymous said...

Kalau dapat anak dia yang baby tu ok gak, boleh bela tu...

June 10, 2008 4:41 AM

Sunday, February 17, 2008

ULAR APA NI?

ULAR APA NI?

Hari ni 17hb 2 2008, saya ke kebun lagi, buat kolam simen dalam bilik air, kolam dah nak siap, walaupun nampak tak kemas, sebab saya bukan pandai. Tapi minat tu ada, bila dah nak siap hati rasa puas, lagi sikit nak siap simen pulak habis, kena bancuh lagi lah, tolak kereta sorong nak ambil pasir. Baru sampai muka pintu tiba-tiba ternampak ular kecil warna belang-belang oren campur merah, tengah landing bawah kasut boot getah. Tu lah rupa dia, tengok gambar. Ular apa tu, agak-agak ular katam tebu. Agak je, sebab tak kenal banyak jenis ular. Bisa ke tak ular ni? tak pasti. Tapi kali ni tak terkejut sangat macam sebelumnya, sebab dah agak akan jumpa ular lagi, saya rasa kebun ni dah jadi habitat ular. Harap-harap jangan lah, tak berniat nak bunuh ular ni macam sebelumnya, ingat nak bela je, nak biasa kan dengan ular lah konon2 nya, mula nak tangkap guna parang panjang, takut luka lak, lalu saya pakai sarung tangan getah kemudian capai batang paip, sebelum tu sempat ambil gambar dulu, takut dia lari, tapi sikit pun dia tak bergerak, saya tekan kepala dia dengan batang paip, eh! dia lari pulak, lagipun tak tekan kuat, tiba2 rasa takut, kalau tau tadi baik saya ketuk kepala dia.

Wednesday, February 13, 2008

ULAR KAPAK,ULAR SAWA, ULAR DAUN, ULAR LIDI

Ini lah rupa ular yang mengejutkan saya, kecik dan pendek je , macam ular kapak lah!.

Badan dia hampir putus dua kena scoop.


Ini warna bahagian bawah dia, ada bintik2 hitam putih. Sempat pancung kepala dia.


Hari ni 14 . 2. 2008 pagi jam 9 saya bersih kan anak sungai tepi kebun, banyak sangat kayu reput, daun2 kering dan pokok liar timbul pulak rasa gerun dalam hati. Takut kalau ada binatang bisa yang merayap buat rumah di celah2 batu atau bawah2 kayu dan lubang2 yang ada.

Tengah sedap2 menebas dan mengalih kan kayu tiba2 terlompat kebelakang, terkejut campur geli geleman. Betul sangkaan saya. Ada ular tengah lepak bawah kayu yang dialihkan, badan melingkar dan kepala tegak tengah standby nak mematuk. Nasib tak alihkan kayu tu guna tangan, cuma kuis2 dengan parang panjang. Tak tau ular apa, tapi nampak macam ular kapak!, kalau betul ular kapak bisa tu, boleh mampus kalau kena patuk, sebelum ni dah jumpa ular sawa batik, ular hijau, ular lidi dan anak ular tanah, semua tu kat kawasan ni jugaklah. Ular tanah tu tangkap dan bela dalam akuarium kecil. Tak sampai satu hari dah kiok! ( Mati ). Tengok , ular apa tu?, sebab rasa takut dan geli gelaman mengatasi rasa belas kasihan terpaksa lah bunuh! ular ni. Tapi sepanjang hari ni rasa bersalah pulak. Macam ni gaya nya, kenalah biasakan diri dengan ular, lain kali kalau terserempak ular lagi tak lah geli @ takut!.


..........................................................................................................................................................

KOMEN


Anonymous Anonymous said...

Makkk aii... banyak nya ular, saya nak satu leh x, nak taruk dalam akuarium kat umah ekeke...

June 8, 2008 10:17 AM




Saturday, February 2, 2008

BUKIT TABOH


Aku panggil anjing ni "Piss...", anjing ni popular kat sini sebab selalu ikut orang awam naik bukit taboh, sejak aku pindah kedusun ni, tiap2 petang aku bagi dia makan, tiap2 petang jugalah dia tunggu depan pintu pagar rumah kebun aku. Tapi ada seorang cina yang baik hati pun tiap2 petang bagi anjing ni makan, bukan saja anjing ni, tapi juga kucing2 jiran bawah rumah kebun aku semua dia bagi makan. Sebab makanan yang dia bagi lebih sedap agaknya kadang2 bila cina tu datang aku pun dia tak kenal... huhuhu


Di ambil dari satu sudut dalam dusun.

PEMANDANDANGAN DARI ATAS BUKIT TABOH







ANTARA SUDUT2 YANG MENARIK


Friday, February 1, 2008

PONDOKDUSUN / PONDOK DUSUN TEMPAT KU LEPAK DIKAKI BUKIT TABOH


Rumah kebun ni dah siap 88 peratus, aku baru pindah sini pada 25 jan 09. Nyaman dan sejuk. suasana pun sangat mendamaikan, terasa hilang tekanan macam pergi bercuti tiap-tiap hari dalam hutan huhuhu...

Buah mangis dah besar

Rambai lebat
Cempedak, tinggal sebijik, kena makan monyet




Hasil untuk hari ini 27 feb 08 selepas diubahsuai tingkap yang senget2 semalam.


Hari ni 26 feb, Nasib baik ada Am dan Aj, kalau tak masak kena angkat batu blok, pasir, bancuh simen dan ikat batu.

Aj SIAPKAN dinding


Makcik Leha jiran bawah datang melawat, macam mandor lah, Am nampak penat, kesian, terima kasih banyak2 sebab tolong.

LAPAR...


Ni lah , ikat batu tak pandai, bengkang bengkok, kurang sabar, kalau boleh nak siap dalam masa satu hari.

Ini lah hasilnya untuk hari ini 26 feb 08

Ahad 24 feb 08, pagi jam 8. Sepanjang jalan depan kebun penuh kereta. Kebanyakannya orang luar dari Taman Melawati. Tujuan utama, panjat bukit taboh. Nasib pintu pagar SAYA tak kena blok.

Pintu masuk



Ini Speky, saja panggil speky sebab dikedua2 mata dia ada tanda bulat warna oren macam pakai spek, anjing orang, selalunya bila datang sini pagi2 dia mesti ada, masa ni tengah sarapan nasi lemak bungkus, kiranya speky ni temankan saya makanlah. Kami berkongsi nasi lemak separuh2. Kadang2 bila belikan makanan untuk dia, tak muncul2 pulak, bila tak beli dia ada. Sebab tu selalu berkongsi je. Dia tak suka benda manis2, tapi suka yang pedas sikit.



makan ayam rendang

...........................................................................................................................................................................

Hari ni 20hb feb 08, kali ni ada dua orang pembantu, dari perak. Dua orang anak buah yang kebetulan datang dari kampung. Ada pengalaman tentang kerja2 pembinaan, jadi dapat lah sikit petua.


AJ tengah angkat batu blok


PAT bancuh simen


Ni le rupa kolam mandi yang baru aku buat, senget2. Nak repair balik nanti.Tarikh 18 feb 08



Pandangan dari depan, baru naik dinding batu bata sikit, tak sabar nak siap kan cepat2. Apalah rupanya nanti .


Air terjun kecil.

Pemandangan dari dalam kebun.




Pandangan dari tepi pondok. Tengah ubahsuai sikit, belum siap lagi.