
Rumah kebun ni dah siap 88 peratus, aku baru pindah sini pada 25 jan 09. Nyaman dan sejuk. suasana pun sangat mendamaikan, terasa hilang tekanan macam pergi bercuti tiap-tiap hari dalam hutan huhuhu...

Hasil untuk hari ini 27 feb 08 selepas diubahsuai tingkap yang senget2 semalam.

Hari ni 26 feb, Nasib baik ada Am dan Aj, kalau tak masak kena angkat batu blok, pasir, bancuh simen dan ikat batu.
Aj SIAPKAN dinding







Ini Speky, saja panggil speky sebab dikedua2 mata dia ada tanda bulat warna oren macam pakai spek, anjing orang, selalunya bila datang sini pagi2 dia mesti ada, masa ni tengah sarapan nasi lemak bungkus, kiranya speky ni temankan saya makanlah. Kami berkongsi nasi lemak separuh2. Kadang2 bila belikan makanan untuk dia, tak muncul2 pulak, bila tak beli dia ada. Sebab tu selalu berkongsi je. Dia tak suka benda manis2, tapi suka yang pedas sikit.

...........................................................................................................................................................................
Hari ni 20hb feb 08, kali ni ada dua orang pembantu, dari perak. Dua orang anak buah yang kebetulan datang dari kampung. Ada pengalaman tentang kerja2 pembinaan, jadi dapat lah sikit petua.

AJ tengah angkat batu blok

PAT bancuh simen

Ni le rupa kolam mandi yang baru aku buat, senget2. Nak repair balik nanti.Tarikh 18 feb 08

Pandangan dari depan, baru naik dinding batu bata sikit, tak sabar nak siap kan cepat2. Apalah rupanya nanti .






No comments:
Post a Comment